Wednesday, 17 December 2014

SET HARIAN PENJAGAAN RAMBUT

SHIZEN SET 4 DALAM 1


Memenuhi keperluan harian rambut anda.

Pengenalan
Setiap orang ingin memiliki rambut yang cantik, akan tetapi berapa ramaikah yang berusaha untuk rambut dan kulit kepala yang sihat? Ramai yang membelanjakan ratusan RM supaya rambut kelihatan cantik dan menarik, tetapi malangnya tidak ramai yang tahu cara penjagaan yang betul. Perkara asas kepada kecantikan dan kesihatan rambut adalah kebersihan kulit kepala. Benar, rambut ialah sel mati, tetapi kulit kepala hidup. Tidak kira rambut anda banyak atau sedikit, kebersihan dan kesihatan kulit kepala tetap penting untuk diberi perhatian kerana di situlah yang menentukan rambut anda sihat atau sebaliknya.


Kulit kepala yang tidak dijaga dengan betul akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kegatalan, kelemumur, jangkitan fungus, hinggalah kepada keguguran rambut.
Mengikut kajian, kurang daripada 50% rakyat Malaysia yang menggunakan perapi (conditioner) di dalam kehidupan harian, apatah lagi untuk menggunakan hair tonic dan serum. Malah tidak kurang juga yang jarang mencuci rambut setiap hari. Ini disebabkan kurangnya pengetahuan dan pendedahan tentang kepentingannya. Kesannya, ramai yang membelanjakan sejumlah wang yang besar di salon-salon kecantikan tanpa mengetahui cara penjagaan rambut di rumah. Dengan melakukannya sendiri di rumah, kita mampu menjimatkan wang dan masa  sehingga 80%. Sebenarnya ia tidaklah susah seperti yang disangka oleh sesetengah orang.

Untuk penjagaan rapi, berikut dipaparkan kepentingan  penggunaan set 4 dalam 1 di dalam kehidupan harian anda.


1.   Kepentingan syampu


Mencuci rambut dan kulit kepala perlu dilakukan setiap hari. Pemilihan syampu yang sesuai dengan kondisi rambut juga amat penting untuk mengelakkan timbul sebarang masalah. Contohnya kulit kepala berminyak, jika menggunakan syampu anti kelemumur akan menyebabkan pertambahan minyak pada kulit kepala seterusnya menambahkan lagi masalah. Penggunaan sabun mandi untuk mencuci rambut perlu dielakkan.

Pendapat yang mengatakan rambut tidak boleh dicuci setiap hari adalah tidak benar sama sekali. Sebagaimana kita mandi setiap hari, begitu juga kulit kepala perlu dibersihkan setiap hari. Peluh dan minyak yang keluar dari kulit kepala berupaya untuk memerangkap kotoran yang akan menimbulkan pelbagai masalah. Jadi, ia perlu dicuci.



2.   Kepentingan perapi (conditioner)
Setiap kali mencuci, syampu bukan saja membersihkan kotoran, malah minyak semulajadi (sebum) yang diperlukan oleh rambut juga telah dihilangkan. Oleh sebab itu, penggunaan perapi amat penting untuk merapi serta  mengelakkan kekeringan. Perapi yang baik juga mengandungi vitamin yang boleh menambahkan kelembutan rambut supaya kelihatan lebih terurus.



Terdapat 4 variasi syampu dan perapi yang dirumus khas untuk rambut-rambut tertentu:

i)   Moisturizing Shampoo / Moisture Conditioner

Kegunaan untuk rambut normal. Maklumat lanjut klik sini.


ii)    Straighten Perm Shampoo & Conditioner
Kegunaan untuk rambut rebonding. Maklumat lanjut klik sini.


iii)    Intensive Treatment Shampoo / Nourishing Conditioner
Kegunaan untuk rambut berwarna, bercabang dan kering. Maklumat lanjut klik sini.

iv)   Root Strenghtening Shampoo / Conditioner

Kegunaan untuk rambut gugur. Maklumat lanjut klik sini.








3.   Kepentingan tonik rambut (hair tonic)


Ramai yang tidak mengetahui betapa pentingnya tonik dalam penjagaan rambut dan kulit kepala.

Dengan penggunaan setiap hari, ia dapat membantu menguatkan akar rambut seterusnya mengelakkan keguguran. 
Ia juga bertujuan untuk menyuburkan kulit kepala seterusnya menambah pertumbuhan rambut-rambut baru.







4.   Kepentingan serum
Serum adalah sejenis minyak yang digunakan supaya rambut lebih bermaya dan tidak kusam. Ia juga melindungi rambut daripada sinaran UV dan mengelakkan kekeringan.
Digalakkan kepada semua golongan tidak kira samada anda lelaki atau wanita, bertudung atau free hair, berambut panjang atau pendek. Ia dapat mengekalkan kewangian rambut walaupun terperangkap di dalam tudung. Gunakannya ketika rambut telah benar-benar kering. Hanya beberapa titik, gosok menggunakan tapak tangan dan sapukan ke seluruh rambut.








 Cara Penggunaan Set 4 Dalam 1:
1.         Tuangkan syampu SHIZEN secukupnya ke tapak tangan, kemudian sapukan ke rambut yang basah sehingga berbuih. Garu seluruh kulit kepala menggunakan hujung jari dan ratakan buih ke seluruh rambut (elakkan gunakan kuku). Lakukan sedikit urutan di kepala.
2.         Bilas sebersih-bersihnya.
3.         Tuangkan perapi (conditioner) ke tapak tangan, gosok menggunakan kedua-dua tapak tangan. Kemudian sapukan ke seluruh rambut. Sekiranya anda memiliki rambut yang lebat dan panjang, tambah perapi jika perlu. Gunakan sikat yang bergigi jarang untuk meratakan perapi ke seluruh bahagian rambut. Biarkan selama 2-3 minit supaya perapi dapat meresap ke dalam kutikel (cuticle) rambut.
4.         Bilas rambut sebersih-bersihnya. Pastikan tiada lagi kesan perapi yang melekat pada kulit kepala.
(Langkah 1-4 biasanya dilakukan ketika mandi).
5.         Lapkan rambut menggunakan tuala.
6.         Ketika rambut masih sedikit lembab, semburkan hair tonic ke seluruh bahagian kulit kepala. Lakukan sedikit urutan untuk melancarkan perjalanan darah di bahagian kepala.
7.         Keringkan rambut, dan bila rambut telah benar-benar kering, tuangkan 1-2 titik hair lotion atau serum ke tapak tangan, gosok dengan kedua-dua belah tapak tangan. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut. Lebihkan serum di bahagian hujung rambut.

* Langkah 1-7 dengan menggunakan set 4 dalam 1 hendaklah dilakukan setiap hari. Namun, untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan memiliki rambut yang lebih lembut dan terurus, gunakan Fruit Treatment Mask.
 



SENARAI PENGEDAR   
TESTIMONI             
TREATMENT / RAWATAN RAMBUT
TAWARAN HEBAT 
PAKEJ KELUARGA