SHIZEN SET 4
DALAM 1
Memenuhi keperluan harian rambut anda.
Pengenalan
Setiap orang ingin memiliki rambut yang cantik, akan tetapi berapa
ramaikah yang berusaha untuk rambut dan kulit kepala yang sihat? Ramai yang
membelanjakan ratusan RM supaya rambut kelihatan cantik dan menarik, tetapi
malangnya tidak ramai yang tahu cara penjagaan yang betul. Perkara asas kepada
kecantikan dan kesihatan rambut adalah kebersihan kulit kepala. Benar, rambut
ialah sel mati, tetapi kulit kepala hidup. Tidak kira rambut anda banyak atau
sedikit, kebersihan dan kesihatan kulit kepala tetap penting untuk diberi
perhatian kerana di situlah yang menentukan rambut anda sihat atau sebaliknya.
Kulit kepala yang tidak dijaga dengan betul akan menimbulkan pelbagai
masalah seperti kegatalan, kelemumur, jangkitan fungus, hinggalah kepada
keguguran rambut.
Mengikut kajian, kurang daripada 50% rakyat Malaysia yang menggunakan
perapi (conditioner) di dalam kehidupan harian, apatah lagi untuk
menggunakan hair tonic dan serum. Malah tidak kurang juga yang
jarang mencuci rambut setiap hari. Ini disebabkan kurangnya pengetahuan dan
pendedahan tentang kepentingannya. Kesannya, ramai yang membelanjakan sejumlah
wang yang besar di salon-salon kecantikan tanpa mengetahui cara penjagaan rambut
di rumah. Dengan melakukannya sendiri di rumah, kita mampu menjimatkan wang dan
masa sehingga 80%. Sebenarnya ia
tidaklah susah seperti yang disangka oleh sesetengah orang.
Untuk penjagaan rapi, berikut dipaparkan kepentingan penggunaan set 4 dalam 1 di dalam kehidupan
harian anda.
1. Kepentingan
syampu
Mencuci rambut dan kulit kepala perlu dilakukan setiap hari. Pemilihan
syampu yang sesuai dengan kondisi rambut juga amat penting untuk mengelakkan
timbul sebarang masalah. Contohnya kulit kepala berminyak, jika menggunakan
syampu anti kelemumur akan menyebabkan pertambahan minyak pada kulit kepala
seterusnya menambahkan lagi masalah. Penggunaan sabun mandi untuk mencuci
rambut perlu dielakkan.
Pendapat yang mengatakan rambut tidak boleh dicuci setiap hari adalah
tidak benar sama sekali. Sebagaimana kita mandi setiap hari, begitu juga kulit
kepala perlu dibersihkan setiap hari. Peluh dan minyak yang keluar dari kulit
kepala berupaya untuk memerangkap kotoran yang akan menimbulkan pelbagai
masalah. Jadi, ia perlu dicuci.
2. Kepentingan perapi (conditioner)
Setiap kali mencuci, syampu bukan saja membersihkan kotoran, malah
minyak semulajadi (sebum) yang
diperlukan oleh rambut juga telah dihilangkan. Oleh sebab itu, penggunaan
perapi amat penting untuk merapi serta
mengelakkan kekeringan. Perapi yang baik juga mengandungi vitamin yang
boleh menambahkan kelembutan rambut supaya kelihatan lebih terurus.
Terdapat 4 variasi syampu dan perapi yang dirumus khas untuk
rambut-rambut tertentu:
i) Moisturizing Shampoo / Moisture Conditioner
Kegunaan untuk rambut normal. Maklumat lanjut klik sini.
Kegunaan untuk rambut normal. Maklumat lanjut klik sini.
ii) Straighten Perm Shampoo & Conditioner
Kegunaan untuk rambut rebonding. Maklumat lanjut klik sini.
iii) Intensive Treatment Shampoo / Nourishing
Conditioner
iv) Root Strenghtening Shampoo /
Conditioner
3. Kepentingan tonik rambut (hair tonic)
Ramai
yang tidak mengetahui betapa pentingnya tonik dalam penjagaan rambut dan kulit
kepala.
Dengan penggunaan setiap hari, ia dapat membantu
menguatkan akar rambut seterusnya mengelakkan keguguran.
Ia
juga bertujuan untuk menyuburkan kulit kepala seterusnya menambah pertumbuhan
rambut-rambut baru.
4. Kepentingan serum
Serum adalah sejenis minyak yang digunakan supaya rambut
lebih bermaya dan tidak kusam. Ia juga melindungi rambut daripada sinaran UV
dan mengelakkan kekeringan.
Digalakkan kepada semua golongan tidak kira samada anda lelaki atau
wanita, bertudung atau free hair,
berambut panjang atau pendek. Ia dapat mengekalkan kewangian rambut walaupun
terperangkap di dalam tudung. Gunakannya ketika rambut telah benar-benar
kering. Hanya beberapa titik, gosok menggunakan tapak tangan dan sapukan ke
seluruh rambut.
Cara Penggunaan Set 4 Dalam 1:
1. Tuangkan syampu SHIZEN
secukupnya ke tapak tangan, kemudian sapukan ke rambut yang basah sehingga
berbuih. Garu seluruh kulit kepala menggunakan hujung jari dan ratakan buih ke
seluruh rambut (elakkan gunakan kuku). Lakukan sedikit urutan di kepala.
2. Bilas
sebersih-bersihnya.
3. Tuangkan perapi (conditioner) ke tapak tangan, gosok
menggunakan kedua-dua tapak tangan. Kemudian sapukan ke seluruh rambut.
Sekiranya anda memiliki rambut yang lebat dan panjang, tambah perapi jika
perlu. Gunakan sikat yang bergigi jarang untuk meratakan perapi ke seluruh
bahagian rambut. Biarkan selama 2-3 minit supaya perapi dapat meresap ke dalam
kutikel (cuticle) rambut.
4. Bilas rambut
sebersih-bersihnya. Pastikan tiada lagi kesan perapi yang melekat pada kulit
kepala.
(Langkah 1-4 biasanya dilakukan
ketika mandi).
5. Lapkan rambut
menggunakan tuala.
6. Ketika rambut masih
sedikit lembab, semburkan hair tonic
ke seluruh bahagian kulit kepala. Lakukan sedikit urutan untuk melancarkan
perjalanan darah di bahagian kepala.
7. Keringkan rambut, dan
bila rambut telah benar-benar kering, tuangkan 1-2 titik hair lotion atau serum ke
tapak tangan, gosok dengan kedua-dua belah tapak tangan. Kemudian sapukan ke seluruh
bahagian rambut. Lebihkan serum di
bahagian hujung rambut.
* Langkah 1-7
dengan menggunakan set 4 dalam 1 hendaklah dilakukan setiap hari. Namun, untuk
mendapatkan hasil yang maksimum dan memiliki rambut yang lebih lembut dan
terurus, gunakan Fruit Treatment Mask.
TESTIMONI
TREATMENT / RAWATAN RAMBUT
TAWARAN HEBAT
PAKEJ KELUARGA
No comments:
Post a Comment